Sunday, January 04, 2015

Rangga

Ku lari ke hutan kemudian teriakku
Ku lari ke pantai kemudian menyanyiku
Sepi...sepi dan sendiri...aku benci
Aku mahu bingar...aku mahu di pasar

Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri...

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh
Ada malaikat menyulam jaring  laba-laba belang di tembok keraton putih
Kenapa tak goyangkan saja loncengnya
Biar terdera...
Atau harus aku lari ke hutan, lalu belok ke pantai?

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Benar.
Aku tak boleh sendiri.
Aku mudah bosan pada sepi.

Aku harus berada pada kawasan yang walau hingar namun berkawal.
Tapi aku sedar aku sendiri tanpa sesiapa.
Sesiapa yang boleh membuat aku tersenyum dan tertawa.

Orang itu telah pergi.
Perginya membawa hati dan jiwa.
Jiwa aku.
Kosong.




No comments: