Wednesday, August 13, 2014

Cinta

Assalamua'laikum :)


Sekarang bila umur dah cecah 20-an ni macam macam bermain dalam fikiran kau tambah-tambah kalau melibatkan masa depan. Benda yang paling famous dah tentu lah pasal jodoh. Alah, benda ni kalau kau tak cakap pun, ada je yang akan tolong ingatkan kau masa pergi rumah saudara mara hatta pergi makan kenduri daging kambing golek sekali pun.


Ada orang cakap, alah kisah apa dengan pandangan orang ni, lantak ke dia lah, bukan dia yang nak kahwin. Kau pun satu, tak payah nak fikir sangat, alah baru 2* kot, tak rasa awal sangat ke nak bincang pasal ni?



Hello? Hello?
Kau tahu tak kawan kawan aku yang tahap umur aku ni kebanyakan dah kahwin, siap beranak pinak dah tahu?



Okay. Chill. Tak ada benda pun sebenarnya. Haha. Benda ni sebenarnya pun nak kena fikir jugak. Jodoh bukan benda bodoh kalau bukan kita sendiri yang membodohkannya. You know what I mean *angkat kening senget. Usaha dari sekarang lah, dekat pada Allah SWT, InsyaAllah, nescaya dekat lah dua insannnn tanpa bercintaaaaaaa


Perkara jodoh ni boleh jadi macam macam sebab dia dah termaktub sebagai salah satu rahsia Allah yang memang dah tertulis untuk kita sejak di luh mahfuz lagi. Kesimpulannya, siapa pun jodoh kita, pasti Allah SWT dah tentukan yang terbaik untuk kita.


Jadi aku ada satu kisah cinta buat kamu.




"Abah, kalau aisyah nak kahwin nanti, Aisyah nak cari orang dekat dekat ja, kalau boleh orang Kedah jugak. Paling jauh pun Perak lahhh. Janji kawasan Utara. Bukan apa, senang nak balik rumah nanti bila-bila. Nak balik kampung waktu raya pun senang, xpayah nak gaduh-gaduh, senang je nak balik. Tengok macam umi dan abah, dekat je, satu hari dah boleh pergi dua-dua rumah sekaligus."


"Mana tahu jodoh dapat yang dekat-dekat nii? Mana tau, entah entah dapat orang Johor ka, Pahang kaa. Sarawak kaaa. Kita mana nak tauu. Lagipun, kalau nak kahwin orang dekat pun, kalau dia kerja kat negeri lain, tak ka sama jugak tu?"


Aku diam. Leka membelek helaian daun pandan dalam botol plastik air yang umi dah kerat dua.


"Alaaaa. Abahhhh"


"Aisyah, dengar sini. Kebahagiaan seorang isteri tu letaknya pada suami tau. Bila dah kahwin nanti, Aisyah kena ikut manaaa ja suami tu pergi."


"Tapi, macam mana tau dia tu kebahagiaan Aisyah?"


Abah senyum. Dia menunduk, kemudian pandang tepat ke aku.


"Aisyah, sakit, sihat, makan, pakai, gembira, sedih kita semua ni Allah SWT yang bagi bagi tahu? Apa apa pun, termasuklah kebahagiaan kita. Semua ni kurniaan Dia pada kita. Kalau Aisyah rasa sesuatu yang terjadi tu menyedihkan dan menyusahkan hidup Aisyah, bukan kah itu semua ujian daripada Dia? Macam mana Aisyah kata kita betul-betul beriman tapi dah 'surrender' dengan dugaan Dia?

Surah Al-Baqarah ayat 216:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"


Surah Al-Ankabut ayat 2-3:

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? 


Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang  yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta."


Surah at-Taghaabun ayat 11:

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.



"Tapi abah, macam mana nanti Aisyah nak melawat abah dan umi? Aisyah suka duduk kat rumah. Macam sekarang, walau tak pergi ke mana pun Aisyah sanggup. Walau orang kata Aisyah ke mana-mana pun asyik berkepit dengan abah umi pun Aisyah sanggup. As long as both of you will be right beside me everywhere I go."


"Aisyah, Aisyah dan besar. Adam dan Ammar pun tunggu hari nak membesar macam Kak Ain. Aisyah dan Hawa. Awak bertiga akan keluar jugak dari rumah ni walau macam mana pun. Awak bertiga akan tinggalkan abah umi bila akad tu sudah sah terlafaz dari bibir seorang suami."


"Alaaahh nanti bila-bila pun boleh ja melawat abah umi kat sini. Sekali sekala abah dan umi pun nak privacy jugak. Hihi. Tapi betul lah, bila raya ka atau bila-bila boleh ja jenguk kami kat sini. Alaa macam la nanti Aisyah tak berkepit dengan suami tu kan? I know my girl better."


"Mana ada lah abah!"


Aku tersenyum. Lengan aku memeluk lengan abah. Kepala aku lentok pada bahu abah.


"Macam mana nanti kalau Aisyah rindu dan perlukan abah umi?"

Kali ni aku bermonolog sendiri. Takut nanti tersipu malu lagi.



"Dear (future) Husband, my father will be my forever Superhero before I meet you. Please be nice and don't mess with me!"


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wallahi,

Doa, Aisyah... Doa...


Itu senjata paling kuat bagi seorang Mukmin. Doa lah untuk kebaikan dalam masa yang sama bagi menolak keburukan dan kebinasaan dunia. Allah itu Maha Mengasihi dan Maha Mengetahui. Doa lah bagi kita terpelihara daripada segala fitnah dunia akhir zaman ini.


Walau siapa pun pilihanmu, carilah yang mengamalkan kehidupan beragama, jangan sekadar mempunyai agama. Begitu juga jangan terpesona kerana rupa tapi akhlaknya jauh dari Pencipta-Nya.

Macam mana nak dapat yang macam ni? Awak tu kena berubah dulu.
Cari cinta Allah, baru dapat cinta manusia, InsyaAllah. Kalau bukan jodoh di sini, 'di sana' nanti pasti ada yang menanti.


"Kalau berani sangat nak tackle anak dara abah ni, sebelum tu, ni haaa, tackle abahnya ni dulu"

 
Bertuahnya jadi seorang perempuan ni, Allah SWT sentiasa jaga kita dengan orang-orang yang sentiasa berada di samping kita.
Sejak kita dilahirkan sampai sebelum kahwin, kita berada di bawah tanggungan ayah dan ibu.
Bila sudah berkahwin pula, Allah SWT gantikan dengan seorang suami yang akan membimbingnya ke jalan syurga Allah. Insya Allah. 


Amanah bagi suami ialah seorang isteri daripada Ilahi.
Syurga si isteri itu pula di bawah tapak kaki seorang suami.


"One fine day, if Allah's will, you will marry someone, and he is going to be your husband. I hope that he will be a lovable, caring and loyal husband to my beautiful daughter. You know that how much I love you and every time I will tell my Lord to take care of you."

"Well, you soon to be a good wife and maybe a good mother. I believe that you can do it!" 

"You will be and always will be my darling daughter dunya wal akhirah" :)





Thanks for reading,
Aisyah Nabilah Alias :)

p/s: Cerita ini merupakan campuran kisah benar dan rekaan penulis.
p/s/s: Terdapat 3 kisah cinta dalam satu cerita ini. Dapat cari tak?

WED,12:40 noon. 


nak bercinta biar sampai akhirnya