Wednesday, October 03, 2012

Rhythm


The story wasn't flow very well
There was a heart breaker who took the internal feel
The tears and the solemn face come to take part in the scene
crying all over again
please . . .

I'm so sad, felt very bad
Where is the strength?
Go away with the pain
I'm very hurt inside but you don't know indeed
Yes, I'm still strong yet I can control

The pain gave you unforgettable memories
Surely you don't want to forget, as it is hard
See the sadness and darkness as your part of life
The game is not over

This is not the end of the world.






Serba Salah. Jangan Terlalu Endah.

Salam.

ya, aku sedang serba salah, bila aku rasa aku ada buat salah.sesungguhnya perkara itu normal bagi orang yang normal. kadang kadang memang aku buat jahat jugak sebab aku ini manusia biasa.dilulangi MANUSIA BIASA.

episod sentap menyentap itu perlu sebagai ramu kehidupan yang penuh dengan liku dan mendewasakan.mana aku tahu, terkadang cara aku salah.tapi memang bermasalah kalau aku yang asyik asyik asyik salah.

jadi kalau aku rasa aku salah, aku minta maaf. maaf yang aku rasa langsung tak mengurangkan darjah darjat kaum kerabat. sebab maaf itu ungkapan biasa namun penuh makna,dengan maaf semua jadi biasa seperti sedia kala.walau hakikatnya tidak.

forgive but never forget.


itu terpulang kepada sesiapa yang merasa sebab aku pun begitu jua. kita manusia, bukan dewa. jadi kalau kau rasa terkasar bahasa atau tak kena tang mana mana, akui sahaja.dan dengan ini, aku mengaku maaf atas segala apa yang terjadi.mungkin bukan kehendak aku,tapi naluri aku berkata begitu.

aku sayang semua orang hingga tak mahu ada sesiapa pun yang berasa bermasalah dengan aku.bagi yang memang tak pernah puas hatinya, aku biarkan, aku tak pernah kacau hidup kau.
kau sedang bergulir dengan perasaan sakit kau sendiri.

aku akan datang jumpa kau kalau aku memerlukan penjelasan dan pengucapan maaf itu akan jelas keluar dengan lancarnya.aku tak malu, tak pernah malu dengan keadaan aku.kita tetap sama, ada erti rasa yang perlu memaafkan dan dimaafkan.

Sedangkan Rasulullah S.A.W pun mengampunkan umatnya:

dan Allah juga berfirman,
"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampunimu?"
(Surah An-Nur:21)

Seperkara lagi, benar sabar itu ada had dan batasnya.

Bukankah orang yang gagah itu orang yang kuat bertinju,Akan tetapi orang yang gagah itu adalah orang yang pandai mengawal amarahnya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Saturday, June 23, 2012

Ingat :)

Salam.


entri yang ringkas namun cukup bermakna untuk aku kongsikan kepada semua.semalam tak sempat sebab aku terlalu  mengantuk. :P

aku akan ringkaskan sedikit demi sedikit untuk kemudahan :)






*Apakah makanan bagi HATI?

Golongan ketujuh yang berada di bawah Arasy Allah S.W.T ialah baik lelaki baik perempuan yang sentiasa berzikrullah seorang diri tanpa disedari oleh sesiapa pun. Mengalir air matanya ialah semata mata kerana Allah S.W.T dan bukan kerana sesiapa.

Sesungguhnya hiasilah diri kita dengan zikrullah, lazimkan di bibir yang basah, terbitnya rasa cinta kepada Yang Maha Esa. Jikalau tidak, hati akan mati sebelum jasad kita mati.

Antara yang terbaik ialah zikir-zikir lazim seperti Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakhbar atau Surah Al-Anfal ayat 9

 (Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan daripada Rab (Tuhan) kamu, lalu Dia (Allah) memperkenankannya (dan Allah berfirman): 

“Sesungguhnya Aku (Allah) akan membantu kamu dengan seribu malaikat yang datang berduyun-duyun.” 



*Ya Allah
Hiasilah kami dengan kemuliaan Al-Quran, lebih nilainya daripada hiasan emas dan perak
Hiasilah kami dengan dengan perhiasan Al-Quran, sesungguhnya Al-Quran adalah pemberi manfaat yang paling berguna buat semua umat manusia.


*Pilihkan sahabat daripada kalangan kamu yang sikapnya dan peribadinya seperti Nabi Musa Alaihissalam..

Sahabat yang membuat kita teringat kepada kebaikan dan sentiasa beramal soleh/solehah.
Memberi teguran dan nasihat yang bermanfaat.
Berusaha dan gigih bersama sama untuk mencapai kejayaan.


*Waktu yang sesuai untuk menghafaz Al-Quran?

-Selepas Maghrib dan pada tengah malam hari/pagi.


*Antara Surah-Surah Amalan (melembutkan hati)

-Surah Thaha Ayat 1-5 
-Surah Yusoff Ayat 4




Akhir kata,

Jagalah Allah S.W.T dan agamamu, nescaya Allah S.W.T menjagamu.


Wallahua'lam :)



Wednesday, March 14, 2012

Fenomena Spiritual: Energi MARAH Membuahkan BAHAGIA

Assalamua'laikum :)

selamat petang seluruh penduduk dunia...! 
harapannya anda semua dalam keadaan yang sihat sejahtera dan dirahmati Allah hendaknya :)

apa yang nak dikongsi pada hari Rabu yang awesome ni? 
oh, ya..Alhamdulillah, hari ni selesai pembacaan risalah 

Odyssey Segumpal Hati-Ya Allah...Akalku Terhad Ilmuku Dangkal 

yang aku kira menarik untuk sama kita hayatinya.
jom sama-sama tengok! :)




Saya suka menjahit sendiri pakaian dan kadang-kadang menjelang raya saya mengambil peluang juga menambah pendapatan. Pesanan ibu, kalau jadi perempuan, perlu pandai kerja-kerja perempuan terutama menjahit dan memasak (*kelemahan aku sesungguhnya). Besar sungguh pengaruh ibu dalam kehidupan manusia. Saya ingin berkongsi kisah yang ada kena mengena dengan tajuk menjahit. Ringkas sahaja ceritanya, tajuk yang 'tidak ada apa' tetapi kali ini sangat bermakna dan besar nilanya bagi saya kerana ia bukan sahaja menjadi pengalaman biasa-biasa, tetapi menyentuh aspek emosi dan spiritual. Semuanya bermula dengan perasaan MARAH!


Saya selesa dan suka berurusan dengan sebuah kedai jahit menjual alat jahitan berhampiran pejabat dan rumah saya kerana pekerjanya ramah, suka tersenyum dan membantu pelanggan dengan bersungguh-sungguh. Kali ini saya menghantar tujuh pasang baju kurung untuk dijahit tepi dan saya meminta mereka pilihkan benang, butang dan lis yang sesuai dengan warna dan corak kain-kain tersebut.
   
   "Petang ni saya ambil...", kata saya.
   "Okey...", jawabnya dengan ramah.


Petangnya saya datang dan semuanya tersedia dengan warna yang sepadan dengan corak kain yang saya hantar. Saya sungguh gembira dan berpuas hati kerana saya dapat menjimatkan masa. Saya tahu banyak masa yang akan diperlukan untuk memilih benang, butang dan lis yang sesuai untuk tujuh corak dan warna kain yang berbeza. Kain-kain itu juga diikat kemas, digulung semula dan diikat dengan getah untuk saya bawa balik. Selepas siap menjahit dua pasang, saya mula menjahit baju kurung yang ketiga. Di sinilah darah saya menyirap naik apabila mendapati bahagian bucu bahagian badan telah terpotong semasa dijahit tepinya. Akibatnya, saya terpaksa memotong sebahagian kain tersebut supaya lurus dan boleh menjadi sepasang baju kurung yang 'stabil' kiri dan kanan! Maknanya, baju ini akna lebih kecil dan badan saya yang bersaiz 'gajah' tidak akan muat. Menambahkan lagi kemarahan saya, kain itu adalah antara yang paling saya suka warna dan coraknya. Soalnya...pekerja kedai itu langsung tidak memberitahu saya mengenai kesilapan tersebut!


Apabila marah, tindak balas pertama yang saya ingin lakukan ialah pergi ke kedai dan tersebut dan memarahi pekerjanya. Minta ganti rugi! Bertanya kenapa tidak memberitahu yang kain itu dah tersilap potong masa jahit tepi. Bermacam-macam ayat-ayat kemarahan muncul dalam kelapa yang ingin saya lontarkan kepada pekerja kedai tersebut. Dada terasa panas dek kemarahan.Rasanya masa itu juga hendak bergegas keluar meluru ke kedai jahit tadi. Tiba-tiba ada satu suara dari dalam hati yang menempelak emosi marah. Atau mungkin dari fikiran rasional. Dialog antara marah dan suara hati yang menasihati bergema di minda

Suara hati: Apa yang engkau akan dapat kalau buat semua tu?

Emosi: Puas hati lah! Lepas perasaan...

Suara hati: Kalau dah puas hati dan lepas perasaan..lepas tu apa?
                 Istighfarlah dulu...

Emosi: Hmmmm....


Terngiang ilmu yang dipelajari dalam kursus latihan ESQ Way 165. Ya! Ilmu yang belum tentu saya dapat hayati jika tidak diamalkan dalam kehidupan seharian. 


Emosi itu adalah radar fitrah. Apa pun emosi yang sedang melanda, fitrah sedang cuba menyampaikan sesuatu. Ini antara ilmu yang saya dapat daripada latihan ESQ. Saya sedang dikuasai perasaan marah--ini emosi yang sedang menguasai. 


"Astaghfirullah.....", saya memaksa diri mengamalkan iktibar daripada latihan ESQ. Emosi masih marah! Syukur kepada Allah S.W.T, Dia memberikan saya kekuatan untuk bertenang dan duduk menyandar pada kerusi. Dialog dalaman antara emosi dan suara hati terus berlangsung dalam diri saya. Terasa 'bingit' walaupun berseorangan. 

Suara hati: Berapa pasang yang kau hantar?

Emosi: Tujuh!

Suara hati: Berapa pasang yang rosak?

Emosi:(diam tetapi akal rasional cuba bersuara)

Akal: Sepasang!

Suara hati: Bukankah mereka dah membantu? Pilihkan tujuh warna benang, tujuh lis dan 
                 butang ikut kesesuaian?

Emosi mulai reda...

Akal: Ya...

Suara hati: Siapa yang aturkan satu kesilapan dan semua bantuan dan khidmat mereka?

Emosi tumbang! Rasa sayu menular seperti air ke dalam hati saya ketika itu.

Akal: ALLAH S.W.T...

Suara hati: Betul! Kalau begitu, pada pendapat mu, mengapa Allah takdirkan begitu?

Emosi: Entah!

Suara hati: Engkau siapa? Allah itu siapa dalam hidupmu?


Akal menjawab persoalan 'apa yang saya fikir'; emosi berkisar kepada 'apa yang saya rasa'; suara hati mencari jawapan kepada persoalan fitrah 'siapa diriku sebenarnya'. IQ adalah akal, EQ adalah emosi dan SQ adalah persoalan spiritual. Pengalaman daripada latihan ESQ Way 165 mendatangi diri saya. Saya terduduk. Akal berkata, takkan hanya sekadar sehelai kain, saya perlu menyeksa diri dengan sebuah kemarahan yang mana dengan kemarahan itu nanti hubungan baik saya dengan pekerja kedai jahit itu tidak lagi semesra dulu. Saya merasa emosi marah saya cair menjadi belas kasihan. Benarlah! Emosi bila ditangani dengan akal dan spiritual .. ia akn mudah beralih arah. Transformasi marah kepada kasihan akan berlaku. 


"Apa agaknya yang Allah cuba sampaikan kepadamu daripada pelaksanaan takdir ini?",sergah suara dari hati . Baju ini akan siap. Ia akan tetap cantik tetapi mungkin ia tidak ditakdirkan untuk menjadi penutup jasadmu. Enam pasang baju kurung yang lain sudah kau miliki. Milik siapakah sebenarnya baju yang sepasnag ini dalam perencanaan Allah S.W.T? Akal saya mencari wajah-wajah orang yang dikenali. Tiba-tiba teringat, sahabat baik saya pernah mengatakan, "Cantiknya kain ini........", semasa melihat kain tersebut. Sahabat yang sama juga pernah mengatakan, "Senang ya kalau pandai menjahit. Boleh buat baju sendiri". Bukan kebetulan kami diciptakan dengan perbezaan saiz yang sedikit. Beza saiznya hanya sekadar ukuran kain yang tersilap potong. 


Saya mengambil keputusan , "Ya Allah. Baju ini milik sahabatku yang ini...", lalu saya menjahitnya dengan membayangkan cantiknya ia dipakai oleh orang yang Allah takdirkan menjadi pemiliknya. Terima kasih Ya Allah kerana meniupkan Al- 'Afuw kepada hamba yang lemah ini sehingga boleh memberi kemaafan kepada hamba-hambaMu di kedai alat jahitan. Terima kasih Ya Allah kerana meniupkan Ar-Rahman dan Ar-Rahim Mu sehingga dengan kekuatan kasih sayang hamba ini mahu memberi apa yang disayangi kepada hamba-Mu yang lain. Sesungguhnya, Engkaulah Al-Malik...Pemilik Hakiki Seluruh Alam.


Saya sesungguhnya tidak menyangka keputusan ini dapat membuahkan kebahagiaan! Sahabat saya gembira sekali menerima hadiah sepasang baju kurung hitam berbunga ungu tetapi yang lebih bahagia ialah saya sendiri. Dengan memberi hanya sepasang kain yang tidak semahal mana, saya mendapat nilai yang agung--sebuah pengalaman yang membuktikan bahawa Allah S.W.T sentiasa 'dekat' dan setiap takdirnya pasti akan membuahkan kebahagiaan. Rupanya inilah kebahagiaan yang dibuahi daripada satu perjalanan spiritual mengendalikan emosi dan akal. Saya ingin merasakan kebahagiaan ini sepanjang hidup saya dalam setiap perkara yang 'kecil' atau yang 'besar'. 

Inilah kisah sebuah emosi yang akhirnya membuahkan kebahagiaan.....

-Sofiyah Satuyah Rasin


Alhamdulillah...bagaimana semuanya? terkesan atau tidak dengan cerita di atas? Walau hanya sekadar cerita yang ringkas namun tetap memberikan pengajaran yang berguna buat semua. Baiklah, aku sendiri pun masih lagi merangkak dalam maksud lain membina diri aku ke jalan yang lebih baik.sesungguhnya aku berusaha, namun dalam masa yang sama,ranjau yang mendatang tetap ada.walaupun susah, ini semua cabaran buat aku.aku hanya memerlukan Allah S.W.T dalam setiap detik masa untuk menjadi hamba-Nya yang bertaqwa. InsyaAllah, perkara itu bukan mudah,bak kata pepatah, "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian" 



 



Sejujurnya, dahulu aku bukanlah seperti mana yang berdiri kini. terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku sehinggakan bibir aku pernah mengutuskan kata putus asa. Dalam masa yang sama, aku masih meneruskan kehidupan. Bukankah itu maksudnya Allah masih sayangkan aku? Lalu dia memberi peluang untuk aku bermula semula dengan membina secara perlahan.aku ini lemah dan hina sekali di sisi Mu Ya Allah..izinkan aku untuk kembali semula kepadamu.


Aku memerlukan rakan-rakan seperjuangan untuk menyokongku dari segenap segi. benar, keluarga adalah kekuatan, namun sahabat adalah keyakinan. Aku tidak pernah melupakan setiap jasa kalian hatta sekecil hama sekalipun. Bagaimana sahabat aku sanggup menjaga dan menungguku ketika sakitku dan sentiasa sabar dengan tingkahku. Ya Allah, rahmatilah mereka dan kurniakanlah mereka kesihatan dan kehidupan yang baik. Aku bukanlah hambaMu yang terbaik, maka bantulah hambaMu ini Ya Allah...


*maafkanku atas segala kesilapanku, aku rindukan kalian seperti mana kita bersama dahulu*



salam sayang,
Aisyah Nabilah Alias :)