Tuesday, May 22, 2018

Restu


Hati dah berbelah bahagi
Antara yang di sana dan di sini


Aku usulkan pada umi yang aku ini sudah tak tahu
Untuk memilih yang mana satu


Umi memberi jawapan yang sedikit sebanyak membuat aku fikir yang ke dua kali
Untuk terus pergi, jangan ragu-ragu lagi


Di sana mereka memerlukanmu, lebih dari apa yang kami mahu
Kau mungkin tidak nampak sekarang, tetapi nanti kau akan tahu


Rupanya abah juga memendam rasanya
Untuk melepaskan yang paling keras kepalanya


Sekarang semuanya sudah jelas, nah terhampar jelas di hadapan
Allah menunjukkan hikmah yang paling tidak kau, dia dan aku cuba fahamkan


Anak sekecil itu perlu diberi perhatian
Ibu muda itu perlukan teman untuk terus kuat menghadapi dugaan


Aku lepaskan semuanya, semuanya demi insan-insan yang aku cinta tanpa balasan
Mungkin di masa hadapan Allah bakal tunjukkan
"Maka nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan?"



No comments: