Tuesday, May 22, 2018

Restu


Hati dah berbelah bahagi
Antara yang di sana dan di sini


Aku usulkan pada umi yang aku ini sudah tak tahu
Untuk memilih yang mana satu


Umi memberi jawapan yang sedikit sebanyak membuat aku fikir yang ke dua kali
Untuk terus pergi, jangan ragu-ragu lagi


Di sana mereka memerlukanmu, lebih dari apa yang kami mahu
Kau mungkin tidak nampak sekarang, tetapi nanti kau akan tahu


Rupanya abah juga memendam rasanya
Untuk melepaskan yang paling keras kepalanya


Sekarang semuanya sudah jelas, nah terhampar jelas di hadapan
Allah menunjukkan hikmah yang paling tidak kau, dia dan aku cuba fahamkan


Anak sekecil itu perlu diberi perhatian
Ibu muda itu perlukan teman untuk terus kuat menghadapi dugaan


Aku lepaskan semuanya, semuanya demi insan-insan yang aku cinta tanpa balasan
Mungkin di masa hadapan Allah bakal tunjukkan
"Maka nikmat mana lagi yang kau mahu dustakan?"



Wednesday, February 25, 2015

Hikmah


Masa lalu.

Masa yang tak akan berpeluang jadi kali pertama sebagaimana ia telah berlaku.


Bila kau pandang balik pun
kau sekadar teleku pada jejak
yang lama itu


Walau rasa sesak, bodoh dan teruk macam mana pun hidup kau
nahhh pandang pada yang paling bawah kau


Kita semua hadapi ujian
yang lain bentuk, lain asbab
namun punya satu sebab
HIKMAH.


Kerana yang menjadi sebaik-baik perancangnya ADA di ATAS sana.


Bertabahlah
Bersabarlah
Kerana kita HAMBA

Hasbunallahi waniqmal wakil
walaahaulawalaa quwwata illa billa hila'liyyil a'zim




Sunday, February 15, 2015

Awang & Senah


Senah
Walau macam mana Awang pun kau
jiwa azali nyata tetap seorang Senah.

Sungguh langkah kau seindah Senah
tetapi wajar hatimu sekental bak Awang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Wahai Awang
Senah bukan seorang pembenci
tapi hanya layak memerhati
Batasan itu tega melingkari ruang antara kita
moga bermakna untuk kau fahami
harapannya
sampai pada satu masa nanti

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Seorang Senah yang tabah walau hati hanya punya kekuatan sebesar zarah

Seorang Awang yang gagahnya patut pada mata yang menunduk
sabarnya yang memagar
dan hatinya yang berdikir zikir

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hebatnya seorang Awang yang hatinya sanggup berbelah demi syurga buat dua orang Senah
Maka
Janji Awang ada pada akad
Janji Senah ada pada bakti dan tekad





zahir sekadar kias. batin yang rasa =)


Friday, February 06, 2015

Fate


What if
one day you have discovered that you have been diagnosed with a disease
a serious one which is incurable
and might lead to fatal.

The disease will slowly turning you into someone else.
It will change everything.
Affecting your abilities.

Walking.
Viewing.
Talking.
Eating.

What is your reaction or feeling(s) at that time?

Sad?
Angry?
Hopeless?

Are you trying to blame anyone
or even anything that you believe such a cause for this matter?

What will you do to courage yourself, so that you want to forget the disease for a while.
despite of counting the days that still left,
What can cheer you up?

What makes you still stand up and fight with styles?
Even though it is hard to believe nor accept.
You are still there, kill the times as best as you can,


You know that this is only a test,
A test that He prepared to you.

This is because you find out
There is something that you cannot deny or even say no

It is
Fate.